Monday 17 December 2012

. . . . .

Aku cuba nak susun satu persatu gambar yang baaaaaaaaaaaaanyak sangat-sangat kita tangkap dari awal kita masuk form six, sampai lah gambar last dekat Tasik Titiwangsa. lagi aku susun, lagi aku serabut. so aku biar je gambar dalam folder, tak teratur. hmm :) kita dah habis STPM, kita semua dah habis exam yang aku rasa paling besar dalam hidup kita. exam number dua yang paling susah dekat dunia nie, Alhamdulillah kita dah tempuh sama-sama. mcm lirik lagu Ella pulak.. haha. *bersama-sama... tempuhi segala... -,-'

kita jatuh, kita bangun. kita kuat sebab kita bersama. kita rasa macam mana dihina, kita rasa macam mana dicemuh, diperlekehkan. kita jatuh, kita bangun lagi. pernah kita melatah. selalu, kita menyesal, kita salahkan takdir atas apa yang jadi. kita mengalah dengan situasi, kita mengeluh. tapi kalau kita fikirkan balik, jalan yang dah diatur nie lah yang dah menemukan kita, kita, kita. ya, kita berlapan :) 

kita buat macam-macam. kita rasa pahit dan manis yang setiap sorang daripada kita rasa. sorang sakit, semua sakit. sorang gila, semua gila. how I wish, we can turn back to the past :') kita kongsi semua rasa. manis, masam, pahit, tawar, kita rasa semua sama-sama. kita ada bila yang lain jatuh, kita sedia menampung di bawah bila ada yang cuba untuk bangun. aah. rindu.

tipulah kalau takda antara kita yang tak pernah terasa hati. tipu! kita manusia biasa, yang penuh dengan sifat yang tak sempurna. lawak kita kadang-kadang melampaui batas, marah kita sampai ada yang kecil hati, merajuk kita sampai ada yang susah hati. tapi kita matang. kita matang, kita menerima semua kelemahan yang ada. kita tutup lompong dan lubang, agar dunia lihat kita kuat. kita hebat. dan ya, kita berjaya, kita pamerkan yang terbaik di mata mereka mereka, MEREKA ! :)


 selepas majlis hari guru...


preparation utk video hari guru...


nak raya...


seminar pengajian am


raya 2011...


kita graduasi :)


McD gombakk


kenapa takde sapa-sapa yang upload gambar nie kat fb? :p


121212, hari last pakai baju sekolah :') taman dato keramat


rumah uztazah 2012


kem janda baik, pahang. 2011




majlis perpisahan cikgu mala.. 2012


open house form six, 2011


majlis solat hajat, 2012


open day, smkwm. 2011



Alpha, always in memories :)

aku bangga bila kita bersama. 
aku bangga bila mereka melihat kita kuat bersama. 
aku bangga ceritakan kepada mereka tentang keakraban kita, 
aku bangga kita digelar sekepala,
aku bangga bila kita mampu harungi semuanya bersama. 
aku bangga, 
aku bangga. 

aku cuma doakan, kita akan terus kekal macam nie, sampai bila-bila. Inshallah :)

*entry nie rasa mcm ditulis dengan penuh emosi yang tak mampu dikawal pulak. haaiisshhh -,-'

1 comment: