Thursday 22 December 2011

Tahniah budak kecik ^^

Hari nie dah keluaq result PMR, antara calon PMR tahun nie adik aku. adik perempuan tunggal aku. so, dia dah tebus kegagalan aku dulu. Alhamdulillah, dia dpt straight A's. tapi, kejayaan nie masih belum janjikan apa-apa. apa-apapun aku tawu dia bole. nak jadi doktor kononnya budak kecik nie.... Insyallah.




ILOVEYOU :)

Tuesday 20 December 2011

Saya Anti K-pop

Yaaa, seperti tajuk di atas, aku memang sejak azali anti dgn korea kpop bagai nie. rasa alergik badan, naik ruam-ruam semua bila dgr kpop nie. pokoknya, aku tak suka. menchik. okay. tapi kan, tapi-tapi.. since adik aku balik mai kL nie, dia berjaya tarik aku sikit2 lah utk tak anti sgt kpop. tp aku still dgn pendirian aku. see, Alia mmg terkenal dgn egonya. HAHA, gelak jahat. sampailah td siang aku tgk adik aku buka video nie................



OMG, oosyeemmnye dia :P alia dah cayaq habis. comelnya, sweetnya. cantik dia menari. okay, mlm nie saja dah 3 kali aku tgk video nie. sampai aku cari translate lagu nie dalam english. aku tawu lah lagu nie dah lama. dah ketinggalan zaman pun, okay. aku tawu  =,='  aaaaaa, dia adorable lah awak. titteww shukew shangat :D apa2pun, aku anti kpop. heh

Thursday 15 December 2011

Wildan, Tangisan Rindu.

^Saban malam ku meniti waktu
Saat yang belalu terusku tunggu
dikalainsan terus trlena
hatiku ini ingin teus berjaga^

Dikala sepiku sendiri
mencari sinar dikegelapan malam
airmataku becucuran
kerna rindu ku yang tak pernah padam

*Tangisanku mendayu-dayu
mengharap kasih dari yang satu
kutahucinta kuterbalas
kerna dialah pemilik cinta sejati*
Oh Tuhan tunjukanlah jalan
merentai rasa cintaku
citra rindudan kasihku
yang kudambakan hanya untukMu

Usahlah Kau palingkan cinta
yang suci murni lagi sejati
kerna aku hanya ada sekeping hati
yang rapuh dan tak berdaya

#Moga rinduku kan terubat
lantaran kasihMu yang murni
Tangisan rinduku
hanya untukMu.#



P/S : AKU CARI LAGU NIE, SINCE AKU FORM ONE LAGI. DAH FORM SIX BARU JUMPA. RINDU KAK MAWADDAH :') LAGU NIE, SEDIH SANGAT. INSAF. BANYAK KENANGAN :(

Wednesday 14 December 2011

Touching :')


Walaupun video nie cuma iklan susu. tapi tersentuh tak korang tgk? aku sedih oo. rasa mcm teringat zaman hingusan dulu. dulu aku pelik. ibu selalu risau aku nak pegi mana pun. nak main basikal, mesti balik kena sharp pukul 6 kalau tak mesti esok tak boleh main dah. nak pegi Khemah Ibadah kat skolah masa darjah 4, ibu papa siapkan beg mcm nak pegi seminggu. tu pun ibu nangis nak bagi aku pegi, padahal skolah depan rumah je, kentut pun dgr. masuk asrama masa form 1 dulu, ibu nangis tiap2 kali nak hantar, sbb nnt dia kata rindu. masuk asrama masa form 4 pun ibu nangis sbb dia kata jauh. dia kata, dia tak bole masak ayam masak merah. sbb aku suka. dia tak bole tgk bilik aku. dlm hati aku fikir, kenapa? duduk asrama tiap2 malam aku call ibu. percaya tak? hm. masuk tingkatan 6, aku nek pergi kem dkt Bangi, ibu nangis lg. nak pegi Janda Baik, dia pesan jaga diri. sambil pesan, mata dia merah lagi. aku rasa, sekarang aku dah faham kenapa. susah nak explain. aku bersyukur dikurniakan ibu bapa yang sgt penyayang dan prihatin. rasa tak apa aku rasa? HAHA.

Monday 12 December 2011

Ombak Rindu Tragedi Murahan?

Memetik dari penulis, Utusan Mingguan, Ahad (11/12/2011). ape2 pun aku boikot Utusan cuma kebetulan salah beli paper semalam. so, korang bacalah. ape penulis tu cakap..

Kerangka
Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas. Penonton sama ada sedar atau tidak disihir dengan tragedi untuk berasa simpati kepada Ustazah Izzah. Walaupun ada babak Ustazah Izzah membaca al-Quran dalam bilik diintai oleh Hariz semasa Ustazah Izzah masih perempuan simpanan Hariz, namun itu bukanlah bukti kuat menunjukkan Hariz bertaubat. Hariz hanya simpati pada Ustazah Izzah atas tabiat kemanusiaan dan nafsu badaniah sahaja.
Tiada langsung babak memperlihatkan Hariz menunaikan ibadat hatta solat. Agama hanya tempelan sahaja. Kemuncak cerita ini ialah pendedahan tragedi Pak Dollah-Datuk Suffiah, tragedi penceraian Mila-Hariz. Walaupun Hariz dan Ustazah Izzah menaiki kapal layar namun tiada babak menunjukkan Hariz berubah menjadi baik kerana agama, melainkan perubahan kerana simpati dan nafsu badaniah sahaja terhadap Ustazah Izzah.
Hal ini berbeza dengan pengalaman Islam dimana Adam a.s yang sedar lalu memohon ampun dosanya biarpun terlontar ke dunia. Allah menjanjikan kepada Adam a.s dan zuriatnya hidayat dan keselamatan bagi mereka yang ikhlas melaksanakan agama Allah. Merajalelanya watak Datuk Suffiah, ingkar dan kerasnya Mila dan ketiadaan babak Hariz pulang kepada Allah membuktikan filem ini adalah filem tragedi murahan semata-mata.
Manakala citra agama menerusi Ustazah Izzah dalam keadaan terhina, ketidakupayaan dan pasrah dalam lembah kehinaan. Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan, mengajar dan membaca al-Quran. Agama pada Pak Dollah dan isterinya pada songkok dan pergi haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?
Usah tertipu aspek teknikal filem seperti sinematografi, pencahayaan, pengarahan dan lakonan sahaja, namun falsafahnya hancur mengaibkan orang Melayu dan Islam.


* * * * 
sebelum dia tulis kerangka nie, adalah dia tulis pasal pandangan-sinopsis-kata2 Syed Naquib al-Attas. jadi, secara peribadi, aku setuju dgn apa yg penulis nie cuba utk sampaikan. pengarah filem/drama/sitkom di Malaysia nie, lebih mengutamakan keuntungan dr mesej yang ingin disampaikan. di akui, sapa yg tak nak untung bukan? tp, jangan terus melalaikan umat Islam terutamanya. anak2 muda semakin terpengaruh dgn aksi2 yg dipamerkan. lalu lantas, ahli parlimen bertanya, apa sudah jd dgn remaja kita? di sinilah puncanya. tak perlu cari jauh2.antara cerita yg mencari publisiti murahan, Klip3GP, Hantu Bonceng, KL Gengster. aksi ganas, ghairah, mempersendakan agama, semuanya dipamerkan dan tiada batasan umur untuk menonton. apakah ini, negara Islam contoh? ombak rindu, tak payah ckp, aku pun tersentap jiwa lara tgk. sampai 3 hari 3 mlm, asyik cerita pasal ombak rindu dkt Shayuti. tanpa sedar, mereka berjaya, membuat aku taksub dgn kesedihan, KEHENSEMAN AARON, jln cerita.. namun? apa mesej yang aku dpt? sekadar, jgn menghina/menindas golongan wanita kerana mereka juga punya hak? itukah? pengarah/penerbit/penulisskrip/komposer/penulislirik. harus bangun. kita masih di takok lama. mencari keuntungan dgn cara yg mudah/murah. namun tidak semua. kita harus bangkit, Islam harus diutamakan :) Wallahua'alam.

p/s : harinie, 13/12/2011, Ombak Rindu dah kutip 8 juta okay. Aaron tweet aku td. HAHA :D

Tuesday 6 December 2011

Ombak Rindu

pagi, janji dengan Waida nak pegi tgk Ombak Rindu. thanks waida :) pergh, cita dia, bole bagi lima bintang lah. ooshem :) haruslah ada, Aaron Aziz, Maya Karin.. tiba-tiba rasa mcm minat gila Maya. dia cantik okay. HEE. utk Mr.S, nah lagu nie utk you.

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Iloveyousomuch.

Friday 2 December 2011

Untuk cuti yang masih berbaki

Untuk cuti yang masih berbaki, banyak yang perlu dibuat. jangan tido lambat, bangun lewat, makan je tawu, Alia. haha. antara yang perlu diselesaikan

1. siapkan R&D
2. siapkan kolokium PA ( Sub halal di Malaysia)
3. nota2 sejarah terutamanya perlu di update
4. nak pegi tgk Ombak Rindu dgn Puss In Boots, HEHE
5.berazam taknak accident lg sama ada motor atau kereta

itu sahaja, diharapkan berjaya :)