Monday 17 December 2012

. . . . .

Aku cuba nak susun satu persatu gambar yang baaaaaaaaaaaaanyak sangat-sangat kita tangkap dari awal kita masuk form six, sampai lah gambar last dekat Tasik Titiwangsa. lagi aku susun, lagi aku serabut. so aku biar je gambar dalam folder, tak teratur. hmm :) kita dah habis STPM, kita semua dah habis exam yang aku rasa paling besar dalam hidup kita. exam number dua yang paling susah dekat dunia nie, Alhamdulillah kita dah tempuh sama-sama. mcm lirik lagu Ella pulak.. haha. *bersama-sama... tempuhi segala... -,-'

kita jatuh, kita bangun. kita kuat sebab kita bersama. kita rasa macam mana dihina, kita rasa macam mana dicemuh, diperlekehkan. kita jatuh, kita bangun lagi. pernah kita melatah. selalu, kita menyesal, kita salahkan takdir atas apa yang jadi. kita mengalah dengan situasi, kita mengeluh. tapi kalau kita fikirkan balik, jalan yang dah diatur nie lah yang dah menemukan kita, kita, kita. ya, kita berlapan :) 

kita buat macam-macam. kita rasa pahit dan manis yang setiap sorang daripada kita rasa. sorang sakit, semua sakit. sorang gila, semua gila. how I wish, we can turn back to the past :') kita kongsi semua rasa. manis, masam, pahit, tawar, kita rasa semua sama-sama. kita ada bila yang lain jatuh, kita sedia menampung di bawah bila ada yang cuba untuk bangun. aah. rindu.

tipulah kalau takda antara kita yang tak pernah terasa hati. tipu! kita manusia biasa, yang penuh dengan sifat yang tak sempurna. lawak kita kadang-kadang melampaui batas, marah kita sampai ada yang kecil hati, merajuk kita sampai ada yang susah hati. tapi kita matang. kita matang, kita menerima semua kelemahan yang ada. kita tutup lompong dan lubang, agar dunia lihat kita kuat. kita hebat. dan ya, kita berjaya, kita pamerkan yang terbaik di mata mereka mereka, MEREKA ! :)


 selepas majlis hari guru...


preparation utk video hari guru...


nak raya...


seminar pengajian am


raya 2011...


kita graduasi :)


McD gombakk


kenapa takde sapa-sapa yang upload gambar nie kat fb? :p


121212, hari last pakai baju sekolah :') taman dato keramat


rumah uztazah 2012


kem janda baik, pahang. 2011




majlis perpisahan cikgu mala.. 2012


open house form six, 2011


majlis solat hajat, 2012


open day, smkwm. 2011



Alpha, always in memories :)

aku bangga bila kita bersama. 
aku bangga bila mereka melihat kita kuat bersama. 
aku bangga ceritakan kepada mereka tentang keakraban kita, 
aku bangga kita digelar sekepala,
aku bangga bila kita mampu harungi semuanya bersama. 
aku bangga, 
aku bangga. 

aku cuma doakan, kita akan terus kekal macam nie, sampai bila-bila. Inshallah :)

*entry nie rasa mcm ditulis dengan penuh emosi yang tak mampu dikawal pulak. haaiisshhh -,-'

Friday 2 November 2012

RESTU ILMU

Hari nie, adalan hari persekolahan yang terakhir sebelum adik-adik SPM dan adik-adik STPM lower six berperang dengan soalan peperiksaan. Ya, mereka nampak sangat tenang, semoga ketenangan yang terpancar itu memberi mereka kenteteraman jiwa, dan ingatan yang padu untuk menjawab soalan, semuanya dengan izin Allah, Inshallah :)

Maka sempena hari terakhir persekolahan, tadi dekat sekolah ada majlis restu ilmu. bunyinya simple, perjalanan majlis juga mudah diurus. tapi kesannya mendalam, terkesan dalam hati sampai sekarang :')

Mula-mula aku cuba hasut kawan-kawan tak nak join restu ilmu. tapi, kawan-kawan tak menyokong, haish. yela, mungkin diorg nak ambil kesempatan ini untuk jumpa cikgu-cikgu lama yang ajar diorg masa arus perdana dulu. aku baru dekat wangsa, so tak de feel mcm diorg rase. sedih je. haha.

beratur dalam kedudukan di belakang aku anggap sebagai penghormatan sebab kami paling senior. macam biasa, bila tak kenal sgt cikgu, tak delah rasa sebak sangat dalam dada, macam kawan-kawan. baru lepas 3 orang cikgu, mata dah merah tahan air mata jatuh. hehe. tapi ade jugak ucapan yang aku tak jangka.

"awak, cikgu percaya awak bole. kaki selangkah dah masuk universiti. banggakan wangsa, cikgu percaya awak bole" cikgu nie peluk punya lama. padahal kenal gitu-gitu je. taknak mention nama. haha

"awak, terima kasih ye sebab tolong hari tu. uztazah doakan awak berjaya. Inshallah." bila aku tolong uztazah nie? bercakap pun jarang. maybe sbb masa solat hajat kat masjid kot?

"alia, result bagi gempak. walaupun saya tak pernah ajar awak. tapi saya tawu awak mampu. nanti kita bole main bowling lagi" guess who? haha.

yang cikgu-cikgu lain tu biaselah. "I wish you luck" , "all the best" , "buat yang terbaik ye". walaupun ade cikgu yang aku tak kenal sangat, tapi as student,prefect and senior sedikit sebanyak aku pernah berurusan dengan mereka. takkan tak pernah buat salah? muka aku yang ketat masam macam cuka bila jumpa orang nie tak kan tak pernah ada yang sentap. so, dengan rendah hati, aku salam cium tangan dan mintak maaf kalau ada buat salah. mostly cakap, eh awak takde salah. hehe :D

Sampai dekat cikgu form 6 . . . Cikgu Rashda. aku tunduk salam dan cium tangan , dia tarik die peluk. rasa sayu sangat bila cikgu yang mengajar kita, cuba untuk memberi restu sebaik mungkin, cuba memberi kata2 semangat yang mendalam. sungguh aku terharu. aku banyak dosa dengan dia. dan aku dah mintak maaf. dia sentiasa doakan yang terbaik untuk aku, dan kawan-kawan. Alhamdulillah :)

Sebelum aku sampai dekat Cikgu Fazidah, qeueu up tu terstop seketika. aku tengok depan. cikgu baru lepas peluk Shazz, then Mira, then Huda, then aku ! aku dah nampak muka cikgu, meleleh dengan air mata. entah kenapa, ego dan keras hati yang aku cuba pertahankan gugur, jatuh terjelepok depan Cikgu Fazidah. sebelum ini cikgu adelah marah sedikit and perkara tu bagi aku macam dah menjauhkan aku dengan dia. tapi sampai dekat trun dia. aku tarik tangan dia, salam dan cium. tak sempat aku angkat muka, dia tarik aku peluk. jatuh air mata yang aku tahan. hilang riak wajah aku yang sombong. aku terlalu sedih, dah tak boleh ingat apa yang dia kata. tapi, aku tahu dan aku sedar, apa yang dia cakap masa dia peluk aku, dia redha dengan ilmu yang dia beri. dia halalkan. dia marah bukan benci tapi sayang. dia nak yang terbaik dari aku. itu yang aku ingat. lama, sungguh lama aku dalam pelukkan dia. aku lega. hati rasa lapang. dia lepaskan pelukkan. aku dah tak bole kawal air mata, memek muka. sebelum jalan, aku pegang tangan dia. genggam erat, aku cakap "cikgu, saya mintak maaf atas semua kesalahan saya" dia jawab " saya dah maafkan" Ya Allah sebak, hati aku tenang . . .

Seusai Cikgu Fazidah, sampai dekat Cikgu Rokiah. aku tak salam terus dia tarik peluk. pelukkan yang sangat erat. sunggu erat. kalah kau peluk bearbear masa tido malam. cikgu cakap " dah alia. tak nak nangis. awak kuat. cikgu doakan awak berjaya. awak ada potensi, awak mampu' teruskan usaha" lama jugak dia peluk. mungkin cuba untuk mengawal emosi aku yang tak terkawal masa salam dengan cikgu fazidah tadi. cikgu berkati ilmu yang cikgu bagi. jumpa lagi nanti. Alhamdulillah aku lega . . .

walau apa pun yang jadi tadi,hari nie, aku puas dan lega sebab aku dah mintak maaf dengan cikgu-cikgu yang perlu aku minta maaf. salam berpelukkan aku rasa aliran dan panas darah mereka. aku bangga ada cikgu-cikgu yang sangat penyayang mengambil berat dan sporting. aku tahu mereka dah cuba banyak cara untuk mendidik kami. mereka dah lakukan yang terbaik. apa yang pasti, setiap kata yang aku ungkapkan tadi, aku jujur, ikhlas lahir dari hati. sungguh aku tak tipu. sekarang aku rasa tenang, lega dan syukur sebab semuanya dah selesai. Alhamdulillah, tak putus-putus aku ungkapkan. Alhamdulillah aku bersyukur kerana cikgu merestui perjuangan dan mendoakan kami semua. Inshallah kami cuba yang terbaik :)







Wednesday 24 October 2012

Together :)

Hari nie penat, sungguh tak tipu. tapi takde lah penat mane, penatnya umpama pusing trak olahraga dalam 20 pusingan. ape ade hal kan? hahaha. hari nie ade graduasi kat sekolah, mai nak habaq, dulu masa form5 sekolah aku takda graduasi. so, nie first time lah rasa. nak jugak kan. hehe. walaupun kt sekolah je, tp bole lah, pejam mata. hehe. lepas graduasi semua pakai cantik2 nak pegi photoshoot gambar, siries semua cantik. Allah cipta manusia kan cantik2 belaka, walaupun ada kelemahan masing2. mata ke atas tgn ke bahu. uztazah alia, haish. hmm. ape jadah lah tulis skema sgt mcm budak darjah enam baru bt blog. awak, titeww adew blog. cantek tak titewww awak. puih ! T.T nak tgk tak gambar td, ouh ye gambar td kat Taman Layang-Layang mira kate dah masuk, Kepong, aku rasa Selayang je. haha. konvoi dua kereta. aku and PiePeonPeon drive. siries rasa best. sayang korang ngat ngat. eeii, perkataan perkepala F. hahaha
gambar graduasi kecik, gambar kat taman besar, ape maksudnya? haha. hmm, cantik kan gambar. tambah2 kalau ada gambar alia tu, cantik. penyeri gambar lah katekan. hehe. korg ade kawan2 mcm nie? ade? takde kan. mana nak cari kwn2 gila mcm nie, wangsa je ade. macam2 perangai diorg nie, gila sarcastic blurr terencat suka jerit hari2 ada masalah cool kuat makan suka tido suka kentut korek hidung depan org marah tak tentu hala keibuan gila. korang ado? tak ado. hahaha. even mereka berada pada tahap kegilaan yang agak kritikal, mereka sgt baik sporting happening, aawww. dah nak mandi, badan miang2 main atas rumput mcm mony*et td, hehe. nak study. STPM 26 hari lagi :)

Sunday 5 August 2012


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Tuesday 31 July 2012



nak study, nak study. hmm.


gambar pembakar semangat. boyprengg baru :)

Wednesday 18 July 2012

Public Speaking.

Bila cikgu bertanya, okay. kita perlu menghantar wakil untuk pidato dan public speaking peringkat wilayah. dalam hati, jadahnyee nak masuk benda-benda mcm nie, dalam umur 19 tahun. tak urban lah cikgu! seraya, mira menyahut, cikgu ! sy nak masuk pidato. then, sape nak masuk public speaking. mata memandang kawan-kawan dalam hati cakap, kau lah masuk, kau lah ! kihkihkih. tanpa di duga, aku angkat tangan, ye saya nak masuk cikgu. 

Alia Ruzaidy, jarang sangat nak melakukan kerja yg memerlukan kekuatan mental dan fizikal. aku lebih suka melihat, dan biar masa yang menentukan semuanya, tapi. masa hari tu, Alia Ruzaidy teruja nak masuk public speaking. nak tahu kenapa? sbb.. saja nak kutip pengalaman. before this dalam arus perdana. aku masuk bahas,forum and pantun. ketiga-tiga ketogori memerlukan gaya bahasa yang berbeza. tapi bahasa yang sama, but public speaking? hahaha :D

dengan takde cikgu Muet, aku bergerak semuanya sendiri. semuanya! ada hari masa Teacher Min datang lah, aku mintak pendapat dia. dan semuanya kemuadian, 100% aku sendiri. seminggu sebelum pertandingan, aku print teks. aku ade dua tajuk. satu susah dan satu simple. banyak jugak tanya member dekat U, matrik and sekolah lain. semua bg pendapat yg berbeza. and its help me a lot :) thanks. 

tiga hari sebelum masuk bertanding, berlatih dengan Ira through Skype. Ira banyak membantu, walaupun tak lama, tapi tips die bermanfaat :) thanks Iraa. lepas tu dengan kawan-kawan kelas pulak. Shazz cakap, Alia. sebut bagi clear. buka mulut. dan senyum. jangan baca teks mcm syok sendiri. hehe. okayyyy. even hari bertanding pun, Waida and Shazz bagi support yg sangat tinggi. 

sampailah masa untuk pergi bertanding, jeng jeng jeng. aku takde rasa takut. eh, tipulah takde. adelah dalam 20 % hehe. kenapa entah :)

Lokasi : SMKJ (C) CHONG HWA, Kuala Lumpur.


Peserta number 11. bertanding atas kapasiti satu2nya pelajar Melayu perempuan, buat aku rasa tak malu dengan kekalahan nie. dua lagi pelajar lelaki Melayu. bukan nak berlagak, habis section A aku rasa aku bole menang, sbb aku lancar tanpa teks. Alhamdulillah Allah lancarkan lidah aku, berkat doa ibu papa,kawan-kawan and ehem2. tapi bila dtg section B, baru lidah pure Melayu terkeluar kan, aiyoooo :O judges pun cakap, section A aku persembahan terbaik, okay nak riak lagi. tapi takpee, takde rezeki. kalah kepada bangsa asing, aku rasa. alaa, biaselah, diorang hari-hari cakap omputih *statement nak sedapkan hati sendiri. hahahahaha


adik-adik nie nak jadi pelapis utk next year. sbb tu cikgu suruh diorg ikut. thanks yaww korang yang comel-comel :)


kamera, aku berikan kepada mira sbg sokongan kepada hobi dia, sbb dia suka bergambar dan aku tidak. nak buat mcm mana. kat luar cantik tp dalam gambar tak. haha. takpee natural beauty bak kata adik, puih ! jadi, takdelah gambar masa aku berhujah berdegah-degah macam masuk pidato BM. haha.



first time datang sekolah cina. buat aku rasa woah... takde melayu meyh? haha. patutlah tandas kotor ! tiba-tiba terharu sbb sekolah dekat Wangsa. heee. kantin die bt aku tak lalu nak makan. hmm.

dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran buat aku rasa ini satu majlis yg berprestij. kan, kenal tak Datuk  Ir. Wee Ka Siong ? tak kenal? ahh, lemah lah pengetahuan korang ! ye, aku pung baru kenal die semlm T.T




gambar, ambil hadiah, gelap pulak. posing dah baik punya. iskk. putamina!


dah lah ade wartawan dari RTM, and and and aku tak tawu wartawan ape lagi. tapi ramai. haha.


nahhh, aku dah cakap. takde orang melayu. taknak percaya. hihi :)


dengan Datin Rokiah yang secara tak langsung kene jadi bidan terjun  I mean juri.. Thanks cikgu sebab beri saya peluang dan kepercayaan nie. hihi, skema.


Untuk rakan seperjuangan Nurul Amirah :)


kau dah buat yang terbaik dan termampu. mungkin takde rezeki nak ke peringkat seterusnya. dan juri tu sangat-sangat tidak adil untuk komen kau mcm tu. its okay. kau tetap yang terbaik buat kami. teruskan perjuangan anda <3 Tempat ketiga :)

so, menyertai pertandingan yang aku anggap pada mulanya level budak-budak tingkatan 5, buat aku lebih sedar yang kita belum hebat mana. kita sangka kita yang terbaik, tapi ada lagi yg lebih baik. seronok berkenalan dengan abang-abang handsome semua. banyak kawan baru. and, aku ada tanya seorang budak Aminuddin Baki. sape tak tawu sekolah nie? korang memang slow. haha. sembang dengan dia. lelaki,chinese. result die 3.68. best student sekolah die 3.8. die dari science stream. wouahhhhhhh :D daebak. sbb tu aku cakap pertandingan nie, buat aku buka mata dengan lebih luas. dunia yang masih luas yang belum kita terokai :)

gambar-gambar hiasan . . .






Datin Rokiah cakap, nak sambut Timbalan Menteri, mcm nie je hiasa die? haha.



sekian . . .