Sunday 13 January 2013

HKR #112

mata tak boleh pejam. macam nie lah kehidupan seorang pengangggur. haha. meh sinie nak cerita, nak layan mata yang terkelip-kelip lagi nie. sementara idea masih ada, bunyi trompet masih terngiang-ngiang, biar aku cerita semua di sini, supaya rasa ke-excited-kan aku boleh dirasai semua. wouh? hahaha. malu pulak. seperti yang dijagkan, dengan izin Allah, Alhamdulillah, aku selamat pergi dan balik dar Himpunan Kebangkitan Rakyat #112. aku pun mula-mula tak faham apa maksud 112. rupanya, January 12. kenapa tak buat 12 January? 121? haha. mungkin 112 nampak lebih cantik. 

aku gerak sana dalam pukul 10 pagi. even perhimpunan start pukul 2 petang, tapi dengan mengambil kira pengalaman pergi Bersih 3.0 dulu, kita kena gerak awal. kali nie, aku pergi dengan family. sebelum pergi tu, macam-macam dah prepare, air mineral, snack dengan garam. kenapa garam? sebab kalau kena sembur dgn gas pemedih mata, makan garam, Inshallah boleh lega. woi, aku pernah kena water canon (gas pemedih mata) masa Bersih 3.0 taw. pedih yang amat, macam sapu cili api kat muka hmmmm.

naik LRT Masjid Jamek, jalan ke Pasar Seni, hmm tak tawulah kenapa tak turun Pasar Seni terus. haha. sampai Pasar Seni, lepak kedai dulu, tepat pukul 12.50 semua berarak nak berkumpul kat Stadium Merdeka. bila dah jalan ramai-ramai macam tu rasa sekejap je. sampai Stadium Merdeka, kami masuk. seriously panas gilaaa. muka terbakar jgk lah. tak boleh pakai cream kt muka takut kalau kena gas pemedih mata nnt, particle-particle gas tu terperangkap and susah nak lega.

tepat 1.50, perihimpunan mula. sebelum tu, azan pukul 1.20 ppetang, yang boleh solat semua solat. tengah-tengah padang. papa dengan Alif pun sama solat atas padang, sedih je tengok tak taw kenapa. hik3. then 1.50 start dengan lagu negara ku. then ada ucapan NGO, persembahan Ito, gua pun baru kenal Ito tu sapa. alaaa, di yang nyanyi lagu.. "pogi poka, naik basikal.... bla3, apo nak dikato" haaa, dialah. haha :D habis tu, ada ucapan pemimpin2 tertinggi Pakatan Rakyat, baca ikrar, dan doa diketuai oleh Tuan Guru Nik Aziz :') then balik.. 

orang mesti fikir, kenapa susah-susah nak pergi, berpeluh2 duduk tengah2 panas, apa pun tak dapat? haha. ini caranya kita berjuang, kita ingin menyampaikan suara rakyat kepada pemimpin negara, jangan mentadbir membabi buta, dengar apa rakyat mahu. tak ada masalah, kalau mereka keraaan sekarang, tunduk, mengaku bersalah, memohon maaf, kita boleh hormat mereka, tapi kalau mereka terus angkuh, hidup mewah sedangkan rakyat terseksa, itu tidak adil. peluang dah diberi . . . ouh okay. dah semangat nak cakap politik pulak. oka stop-stop. haha.

wah, macam dah banyak je cakap, meh layan gambar pulak. 
OKAY, GAMBAR-GAMBAR SEMUA NIE AKU TANGKAP SENDIRI TAW, BUKAN GOOGLE. CAPS LOCK TANDANYA TOLONG AMBIL PERHATIAN. HAHA 


Sarawak pun dah berubah, aku tengok dia terus bangun nak ambil gambar, rasa terharu excited gila jumpa member lama
# dulu kan aku dok Sarikei 


nie yang aku cakap diorg solat, serious terharu ouh, muslimat pun ade ramai lg kat belakang :')


antara gambar orng kenamaan yang sempat amik gambar
Lajim Ukin dengan Kadir Sheikh Fadzir


Dr. Lee Boon Chai
#Ipoh mali maaa


nie takyah cakap lah sape, semua kenal kan. heh


Mat Sabu and Tean Chua


manusia macam mata semut, hmm


abang brader nie handsome tapi keapa tutu muka, terang-terang gua amik gambar dia, bukan nak ambik gambar banner sgt pun haha




I want to be like her :)


Khalid Samad

sangat terharu sebab tengok macam-macam orang datang. semua sangat menghormati antara satu sama lain. ouh rasa sayang gila kat Malaysia, hhmmpphh :') ouh, masa tu Ito ada nyanyi lagu best taw, aku pun baru dengar lagu tu, dah jatuh hati. ibu kata tu lagu lama. tajuk dia Khatulistiwa. best, nak post kat sini rasa mcm takda video yang menarik pulak, heh. korang seacrh lah sendiri. hmm, penat memang penat, tapi, berbaloi. semoga Malaysia akan ditadbir, oleh seorang pemimpin yang beragama, adil dan tidak menindas rakyat, tak kiralah walau siapa pun orang tu, one day Inshallah :)


lastly, tadaaaaa. haha, k malu pulak. hmm

#ouh last but not least, terima kasih kepada abang-abang dan kakak-kakak polis yang sangat baik, dan mesra pada hari itu, semoga Polis Malaysia dapat terus berkhidmat kepada masyarakat dan dihormati dunia dan korang boleh search HKR #112 yang turut diadakan dekat Melbourne, London, Maghribi, Dubai, Abbu Dhabi, Mesir, Jordan dan baaaaaaaaaaanyak lagi negara luar :)

No comments:

Post a Comment