Tuesday 31 July 2012



nak study, nak study. hmm.


gambar pembakar semangat. boyprengg baru :)

Wednesday 18 July 2012

Public Speaking.

Bila cikgu bertanya, okay. kita perlu menghantar wakil untuk pidato dan public speaking peringkat wilayah. dalam hati, jadahnyee nak masuk benda-benda mcm nie, dalam umur 19 tahun. tak urban lah cikgu! seraya, mira menyahut, cikgu ! sy nak masuk pidato. then, sape nak masuk public speaking. mata memandang kawan-kawan dalam hati cakap, kau lah masuk, kau lah ! kihkihkih. tanpa di duga, aku angkat tangan, ye saya nak masuk cikgu. 

Alia Ruzaidy, jarang sangat nak melakukan kerja yg memerlukan kekuatan mental dan fizikal. aku lebih suka melihat, dan biar masa yang menentukan semuanya, tapi. masa hari tu, Alia Ruzaidy teruja nak masuk public speaking. nak tahu kenapa? sbb.. saja nak kutip pengalaman. before this dalam arus perdana. aku masuk bahas,forum and pantun. ketiga-tiga ketogori memerlukan gaya bahasa yang berbeza. tapi bahasa yang sama, but public speaking? hahaha :D

dengan takde cikgu Muet, aku bergerak semuanya sendiri. semuanya! ada hari masa Teacher Min datang lah, aku mintak pendapat dia. dan semuanya kemuadian, 100% aku sendiri. seminggu sebelum pertandingan, aku print teks. aku ade dua tajuk. satu susah dan satu simple. banyak jugak tanya member dekat U, matrik and sekolah lain. semua bg pendapat yg berbeza. and its help me a lot :) thanks. 

tiga hari sebelum masuk bertanding, berlatih dengan Ira through Skype. Ira banyak membantu, walaupun tak lama, tapi tips die bermanfaat :) thanks Iraa. lepas tu dengan kawan-kawan kelas pulak. Shazz cakap, Alia. sebut bagi clear. buka mulut. dan senyum. jangan baca teks mcm syok sendiri. hehe. okayyyy. even hari bertanding pun, Waida and Shazz bagi support yg sangat tinggi. 

sampailah masa untuk pergi bertanding, jeng jeng jeng. aku takde rasa takut. eh, tipulah takde. adelah dalam 20 % hehe. kenapa entah :)

Lokasi : SMKJ (C) CHONG HWA, Kuala Lumpur.


Peserta number 11. bertanding atas kapasiti satu2nya pelajar Melayu perempuan, buat aku rasa tak malu dengan kekalahan nie. dua lagi pelajar lelaki Melayu. bukan nak berlagak, habis section A aku rasa aku bole menang, sbb aku lancar tanpa teks. Alhamdulillah Allah lancarkan lidah aku, berkat doa ibu papa,kawan-kawan and ehem2. tapi bila dtg section B, baru lidah pure Melayu terkeluar kan, aiyoooo :O judges pun cakap, section A aku persembahan terbaik, okay nak riak lagi. tapi takpee, takde rezeki. kalah kepada bangsa asing, aku rasa. alaa, biaselah, diorang hari-hari cakap omputih *statement nak sedapkan hati sendiri. hahahahaha


adik-adik nie nak jadi pelapis utk next year. sbb tu cikgu suruh diorg ikut. thanks yaww korang yang comel-comel :)


kamera, aku berikan kepada mira sbg sokongan kepada hobi dia, sbb dia suka bergambar dan aku tidak. nak buat mcm mana. kat luar cantik tp dalam gambar tak. haha. takpee natural beauty bak kata adik, puih ! jadi, takdelah gambar masa aku berhujah berdegah-degah macam masuk pidato BM. haha.



first time datang sekolah cina. buat aku rasa woah... takde melayu meyh? haha. patutlah tandas kotor ! tiba-tiba terharu sbb sekolah dekat Wangsa. heee. kantin die bt aku tak lalu nak makan. hmm.

dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran buat aku rasa ini satu majlis yg berprestij. kan, kenal tak Datuk  Ir. Wee Ka Siong ? tak kenal? ahh, lemah lah pengetahuan korang ! ye, aku pung baru kenal die semlm T.T




gambar, ambil hadiah, gelap pulak. posing dah baik punya. iskk. putamina!


dah lah ade wartawan dari RTM, and and and aku tak tawu wartawan ape lagi. tapi ramai. haha.


nahhh, aku dah cakap. takde orang melayu. taknak percaya. hihi :)


dengan Datin Rokiah yang secara tak langsung kene jadi bidan terjun  I mean juri.. Thanks cikgu sebab beri saya peluang dan kepercayaan nie. hihi, skema.


Untuk rakan seperjuangan Nurul Amirah :)


kau dah buat yang terbaik dan termampu. mungkin takde rezeki nak ke peringkat seterusnya. dan juri tu sangat-sangat tidak adil untuk komen kau mcm tu. its okay. kau tetap yang terbaik buat kami. teruskan perjuangan anda <3 Tempat ketiga :)

so, menyertai pertandingan yang aku anggap pada mulanya level budak-budak tingkatan 5, buat aku lebih sedar yang kita belum hebat mana. kita sangka kita yang terbaik, tapi ada lagi yg lebih baik. seronok berkenalan dengan abang-abang handsome semua. banyak kawan baru. and, aku ada tanya seorang budak Aminuddin Baki. sape tak tawu sekolah nie? korang memang slow. haha. sembang dengan dia. lelaki,chinese. result die 3.68. best student sekolah die 3.8. die dari science stream. wouahhhhhhh :D daebak. sbb tu aku cakap pertandingan nie, buat aku buka mata dengan lebih luas. dunia yang masih luas yang belum kita terokai :)

gambar-gambar hiasan . . .






Datin Rokiah cakap, nak sambut Timbalan Menteri, mcm nie je hiasa die? haha.



sekian . . .

Monday 16 July 2012

saya rinduuuuuuuuuuukan awak. terlalu rindukan awak. dah lima bulan tak jumpaaaaaaaaaaaa!

Friday 13 July 2012

:)

"When your head touches the ground to perform sajdah it reaches the highest level in Allah's sight. SubhanAllah"

"persahabatan itu terjalin apabila susah dan senang ditanggung bersama."

"Once you're hurt until you can't smile anymore, you'll learn how to love until you can't cry anymore."





beri aku kekuatan, Ya Rabbi, aku sedang mencuba untuk berubah :')

Tuesday 10 July 2012

Ramadhan :)

Bila Ramadhan nak datang lagi seminggu, hati gua rasa sangat teruja dan tak sabar. gua harap gua boleh puasa penuh tahun nie, Insyallah. bila gua pegi forum perdana minggu lepas, die cerita pasal Ramadhan :) gua teringat satu moment masa gua kat asrama. masa tu gua form 4, bulan puasa 2009. dah seminggu mcm tu kami puasa, ada satu hari kami nak bangun sahur. bak kata orang Penang, nak bangun soq. sbb ahli bilik gua memang terkenal dengan tak suka turun untuk bersahur, sbb kami dok tingkat tiga.

pagi tu, kalau tak salah gua pukul 4.30 pagi. gua baru nak balik bilik gua sebab gua tido bilik lain. okay diam. bila gua sampai bilik, gua nampak lampu toilet terbuka. gua dengar mcm bunyi tikus, eh ? gua pun pergi tgk pintu toilet yang dilindungi almari. waa, "hoi Alyn, hang buat apa tang nie?" gua menyapa junior gua, sambil gua tgk tangan dia ada sekotak susu dutch lady dan kurma dua bijik.

"kak alia, kak alia p mana semlm, tak tidoq dalam bilik?" dia tak menjawab soalan gua, isk. "kak alia tidoq dengan hanim, nie hang soq ka? sorang ja?" gua penat menunggu jawapan dari dia, lantas gua membuat tafsiran sendiri. " haaa la, kami soq, kami gerak kak farah,kak intan,nisa, sorang pun takmau bangun " Alyn buat muka kesian kat gua, mungkin dia mintak gua teman dia bersahur indirectly. haha. so, gua pun duduk kat pintu toilet tu, buka bekas kurma, amik kurma sebijik. kenapa depan toilet? sbb kat situ je ade lampu, takkan nak buka lampu bilik, nanti ganggu orang tidur. tak lama lepas tu, senior gua pun balik bilik, kak lyana nasir. dia study kat surau, rajin senior gua tu. dia pun tanya. "hoi,hampa dua buat apa nie?" dan kami membalas " dok tgh soq lah kak yana, mai join sekali " sebab kemalasan nak turun dewan makan, kami makan kurma depan toilet. "kak alia, kami amik susu kotak kak alia nie" alyn mintak izin selepas tiga suku susu kotak gua dia dah telan " amiklah alyn, tak kisah pun"

kenapa gua cerita pasal benda nie? sebab gua rindu Alyn. Fazleen Amirah bt Nordin. dia dah pergi meninggalkan dunia yang fana nie 31hb Januari 2012. kemalangan. gua tengok semua gambar kejadian yg di upload di internet, gua harap orang yang bertanggungjawab,padamlah gambar tu. mak ayah dia belum dan tak nak tgk gambar kejadian. gua tahu sbb gua baca komen kakak arwah dalam satu blog meminta gambar adik die kemalagan dipadam. dua hari gua tak boleh tido, sbb teringatkan die. untuk gua, bahagian gua, kalau dia ade buat salah or teramik apa-apa, semua gua dah maafkan dan halalkan. gua selalu berniat bila balik Penang, gua nak ziarah kubur dia. tapi masih belum berkesempatan. sebelum nie memang gua nak tulis something pasal die, tapi gua belum ade kekuatan. sekarang baru boleh, sebab kami satu bilik rapat sangat,sangat-sangat ;') bilik gua, Kaliber 3, 2009 :) the moment always there.

~Al-fatihah~
Fazleen Amirah bt Nordin

Monday 2 July 2012

Korea punya hal

mula-mula kawan-kawan ajak tgk Running Man, mula-mula memang gua menyampah gile dgn Running Man nie, sampai kalau orang lain sebut pasal Korea gua rasa nak tampar muka dia, termasuklah adik gua T.T tp kwn gua suruh tgk satu episod nie ..... yg nie

haaaa, sapa ingat episod nie? hikhikhik. episod 63. masa tu gua samar-samar lagi dengan watak dia. Garry, Gwang Soo, sapa tu? haha. tp hati gua mula terdetik, ehh santai ah citer nie. not bad. gua mintak lg episod lain yg best. sampai lah gua terpandang episod 55 yang ada adegan makan, then diorang kene menari lepas makan, ikut harga makanan. tgk, gua ingat ouh, haihhhhhhh T.T


dari sini lah gua mula jatuh hati pada Gwang soo <3 waaa, dia takdelah handsome mana, tp dia lawak tu gua minat. takde die, tak best cerita tu. okay, berbalik kepada cerita gua tadi, masa episod 55 nie, ade adegan makan taw. so, gua macam..... eh? sedapnya depa makan. dap eeeeerrrrr... gua pun terliur sorg-sorg telan air dalam mulut. hahahahah. gua simpan dalam hati, gua tawu, manelah nak cari makanan Korea kat Malaysia nie kan :( teppokki,kimbab,bimbimbap,jajang meong dap errrrr :( hahaha. rupanya, gua tak bertepuk sebelah tgk. rupa-rupanya member-member gua pun ada rasa benda yg sama. korang ade ke rasa mcm kiotrang rasa, mungkin kitorang taksub sgt dengan Running Man nie, kan, haaiihhh lagi. hahahahha. so, nak dijadikan cerita, kitorang search kat internet ade tak makanan korea kat Malaysia. then, kiotarang terjumpa satu kedai nie nama dia Potato Spring, guess dekat man? Gombak je bro. dekat giler. so, kitorang decide, lepas habie exam Muet Speaking kitorang nak chow pegi Gombak. agak-agak impian kitorang tercapai tak? haha. haruslah tercapai :)  nah gambar :) alamak, gambar berterabur pulak. malas gua nak susun. tgk lah. hehe :D

nie masa dah habis makan, waaaaaaaa, tekak ular T.T

 nie masa baru samapai, melilau mata

nie masa tgh tunggu member gua bergambar kat belakang, malas na join diorg duduk je bersembang, kedai tu dah macam kitorang punya. hahahaha

nie nak balik dah, gua takde motif kenapa member gua pegang perut dia mcm tu , dia terlalu kenyang?

 pie yg comel, erk?

gua tgh serabut, masa nie lah nak amik gambar pun

kenyang makan. RM 75 melayang. hahahaha

nie lah kedai die, kat Gombak je, kalau hampa nak pegi, meh mintak kat gua alamat :)

nie gambar berulang ke? masa tunggu makanan:)

nie dah penghabisan, saja nak main-main sbg kenangan

alia yg serabut makan potato spring. gua rasa muka guamcm tikus pun ade masa nie, yeke?

candid je nie, jgn percaya. haha

main-main lagi

bye, nak balik dah. kenyang makan sampai nak muntah

potato spring 5 perisa. sedap, gua punya cheese

taraaaaaaaa !

yang ade telur tu bimbimbap, yg kuah hitam tu jajang meong :) jajang meong sedap jgk

today's menu :)

anyonyonyo 

penutup die mira, hahahahaha.

nampak tak, semangat Asia kitorang, tekak Korea, jangan main-main pak ngah. haaaa, over all okay lah. Huda je tak bole makan bimbimbap sbb dia tak lalu. tp potato spring die terbaik. selalu beli kat pasar malam nak buat taik gigi pun tak lepas. hahaha. tapi rasanya nie first and last pegi kedai nie. haha. kenapa? kami orang Malaysia maaaa. makan belacan bukan kalgutsu. kihkihkih. eh, tapi pie kata lepas nie nak try kat Ampang pulak, ade teppokki :) nyumnyumnyum. tp, misi lepas nie nasi arab, maybe masa buka puasa nanti :)