Friday 20 January 2012

I am proud to be yours, sayang.

     You, I tawu kadang2 I busy tak tentu masa. tinggal you terkial-kial membabi buta. I selalu tertido dulu masa you tengah semangat cerita tentang hari2 you kat I. I selalu tak bagi you call I sebab takut ibu papa dengar kita bergayut. I selalu ajak you tido dulu, sebab I memang tak boleh tahan kalau dah mengantuk. errr.
     You, you sabar betul dengan I. walaupun kadang2 I tak balas mesej you. walaupun I cakap kredit I cepat habis. you tak pernah sangsi. tak pernah fikir bukan2. yeke tak pernah? HAHA. you tak pernah marah, walaupun sehari kita mesej, I cerita pasal kawan2 I and I lupa tentang perasaan you. I cakap I nak lepak kedai mamak and you tunggu I sampai pukul dua tiga pagi. kadang2 sampai you tertido. masa sekolah, you tunggu I buat homework, sampai you tertido sorang2. I'm sorry baby. and, semlm. I tido pukul 8 tak mesej you langsung. iskkkk. rasa bersalah tinggi menggunung.
     You, jauh mana pun kita. lama mana pun kita tak mesej, I tak pernah lupakan you. yes, I tawu I selalu abaikan you kan. I selalu takda masa you perlukan I. I tak guna. iskk. tak guna. tak guna * sambil ketuk2 kepala. haha.
     Shayuti. I do. I do love you. thanks sebab tahan dengan perangai I. yang kadang2 tak mampu nak beri 100% komitmen utk hubungan ni. you tawu kan, kita still ada tanggungjwab yang lebih penting. thanks sebab bole terima cara I. thanks sebab boleh bertolak ansur. I berdoa, semoga hubungan kita kekal selamanya dengan hubungan yang halal. dan you yang terakhir.
      Kadang2 kan you, I rasa ada hikmah kenapa kita jauh. kita susah nak jumpa. kan? kurang sikit dosa kita. kadang2 I rasa ada hikmah you tak online fb, takdelah you dgn I mengomen kat wall to over2. err, ade yang over, sangat menjengkelkan. isk. romantik you I je boleh rasa. yedakk? HEEEEE. cuma I je yang over berblog,berfb bagai. its okay you, biar I je yg tulis semua nie. taklah nampak muak sangat.
     I seronok kenal you. bye :)
You are the one and never ever be replace. Insyallah.

Sunday 15 January 2012

School will not be the same without you.

Untuk hari nie, jalan berliku semakin sukar untuk kami tempuh. perginya seorang guru yang kami sayang. seorang ketua yang selalu menjaga anak buahnya. seorang guru yang amat setia mendidik pelajarnya, seorang ibu yang menyayangi kami sepenuh hati. dia pergi, tuntutan kerja. tiada galang ganti. kami hilang arah tuju, dia suluhkan jalan. kami dipandang rendah,dikatakan tiada harapan, dia bangun untuk membela mengatakan kami bakal pengemudi negara yang berjaya. kami bangga ada dia. kami mahu dia menemani sehingga ke titisan yang terakhir. tapi, Allah lebih bijak mengatur rencana hidup manusia. kami lepaskan dia, bersama doa. semoga dapat berbakti di tempat baru seperti di sini, semoga sentiasa ada bersama kami seperti selalu. iloveyou,cikgu :)


Thursday 12 January 2012

Aku cuma ada mereka, tiada yang lain di dunia ini :)

Di saat ibubapa menentang hasratmu untuk berkahwin di usia muda,
Di saat matamu diselaputi amarah untuk memandang mereka,
Di saat akalmu mula bercambah pelbagai prejudis dan dakwa,

Engkau ambillah sedikit ruang dan masa,
Tilik kembali saat mula engkau sebesar tapak tangan mereka,
Sehingga engkau menjadi remaja dan kini petah berkata-kata,
Suluhlah dengan 'mata hatimu' akan keikhlasan dan ketelusan mereka,

Jangan sampai syaitan menutup segenap jiwa dan rasa,
Hingga menghijab kewarasanmu dari memandang kasih kepada mereka,

Izinkan aku mewasiatkan satu perkara,
Ketahuilah bahawa 'cinta' ibubapamu tiadabanding dan tara,
Mereka hanya mahukan yang terbaik buatmu - lebih dari seisi dunia,
Adakala mereka sekadar mahu menduga,
Adakah zuriat harapannya ini sudah benar-benar bersedia,

Justeru, santunilah mereka,
Di situ letaknya izzahmu sebagai 'pemuda'.

ibu dan papa :)