Thursday 12 January 2012

Aku cuma ada mereka, tiada yang lain di dunia ini :)

Di saat ibubapa menentang hasratmu untuk berkahwin di usia muda,
Di saat matamu diselaputi amarah untuk memandang mereka,
Di saat akalmu mula bercambah pelbagai prejudis dan dakwa,

Engkau ambillah sedikit ruang dan masa,
Tilik kembali saat mula engkau sebesar tapak tangan mereka,
Sehingga engkau menjadi remaja dan kini petah berkata-kata,
Suluhlah dengan 'mata hatimu' akan keikhlasan dan ketelusan mereka,

Jangan sampai syaitan menutup segenap jiwa dan rasa,
Hingga menghijab kewarasanmu dari memandang kasih kepada mereka,

Izinkan aku mewasiatkan satu perkara,
Ketahuilah bahawa 'cinta' ibubapamu tiadabanding dan tara,
Mereka hanya mahukan yang terbaik buatmu - lebih dari seisi dunia,
Adakala mereka sekadar mahu menduga,
Adakah zuriat harapannya ini sudah benar-benar bersedia,

Justeru, santunilah mereka,
Di situ letaknya izzahmu sebagai 'pemuda'.

ibu dan papa :)

No comments:

Post a Comment