Friday, 2 November 2012

RESTU ILMU

Hari nie, adalan hari persekolahan yang terakhir sebelum adik-adik SPM dan adik-adik STPM lower six berperang dengan soalan peperiksaan. Ya, mereka nampak sangat tenang, semoga ketenangan yang terpancar itu memberi mereka kenteteraman jiwa, dan ingatan yang padu untuk menjawab soalan, semuanya dengan izin Allah, Inshallah :)

Maka sempena hari terakhir persekolahan, tadi dekat sekolah ada majlis restu ilmu. bunyinya simple, perjalanan majlis juga mudah diurus. tapi kesannya mendalam, terkesan dalam hati sampai sekarang :')

Mula-mula aku cuba hasut kawan-kawan tak nak join restu ilmu. tapi, kawan-kawan tak menyokong, haish. yela, mungkin diorg nak ambil kesempatan ini untuk jumpa cikgu-cikgu lama yang ajar diorg masa arus perdana dulu. aku baru dekat wangsa, so tak de feel mcm diorg rase. sedih je. haha.

beratur dalam kedudukan di belakang aku anggap sebagai penghormatan sebab kami paling senior. macam biasa, bila tak kenal sgt cikgu, tak delah rasa sebak sangat dalam dada, macam kawan-kawan. baru lepas 3 orang cikgu, mata dah merah tahan air mata jatuh. hehe. tapi ade jugak ucapan yang aku tak jangka.

"awak, cikgu percaya awak bole. kaki selangkah dah masuk universiti. banggakan wangsa, cikgu percaya awak bole" cikgu nie peluk punya lama. padahal kenal gitu-gitu je. taknak mention nama. haha

"awak, terima kasih ye sebab tolong hari tu. uztazah doakan awak berjaya. Inshallah." bila aku tolong uztazah nie? bercakap pun jarang. maybe sbb masa solat hajat kat masjid kot?

"alia, result bagi gempak. walaupun saya tak pernah ajar awak. tapi saya tawu awak mampu. nanti kita bole main bowling lagi" guess who? haha.

yang cikgu-cikgu lain tu biaselah. "I wish you luck" , "all the best" , "buat yang terbaik ye". walaupun ade cikgu yang aku tak kenal sangat, tapi as student,prefect and senior sedikit sebanyak aku pernah berurusan dengan mereka. takkan tak pernah buat salah? muka aku yang ketat masam macam cuka bila jumpa orang nie tak kan tak pernah ada yang sentap. so, dengan rendah hati, aku salam cium tangan dan mintak maaf kalau ada buat salah. mostly cakap, eh awak takde salah. hehe :D

Sampai dekat cikgu form 6 . . . Cikgu Rashda. aku tunduk salam dan cium tangan , dia tarik die peluk. rasa sayu sangat bila cikgu yang mengajar kita, cuba untuk memberi restu sebaik mungkin, cuba memberi kata2 semangat yang mendalam. sungguh aku terharu. aku banyak dosa dengan dia. dan aku dah mintak maaf. dia sentiasa doakan yang terbaik untuk aku, dan kawan-kawan. Alhamdulillah :)

Sebelum aku sampai dekat Cikgu Fazidah, qeueu up tu terstop seketika. aku tengok depan. cikgu baru lepas peluk Shazz, then Mira, then Huda, then aku ! aku dah nampak muka cikgu, meleleh dengan air mata. entah kenapa, ego dan keras hati yang aku cuba pertahankan gugur, jatuh terjelepok depan Cikgu Fazidah. sebelum ini cikgu adelah marah sedikit and perkara tu bagi aku macam dah menjauhkan aku dengan dia. tapi sampai dekat trun dia. aku tarik tangan dia, salam dan cium. tak sempat aku angkat muka, dia tarik aku peluk. jatuh air mata yang aku tahan. hilang riak wajah aku yang sombong. aku terlalu sedih, dah tak boleh ingat apa yang dia kata. tapi, aku tahu dan aku sedar, apa yang dia cakap masa dia peluk aku, dia redha dengan ilmu yang dia beri. dia halalkan. dia marah bukan benci tapi sayang. dia nak yang terbaik dari aku. itu yang aku ingat. lama, sungguh lama aku dalam pelukkan dia. aku lega. hati rasa lapang. dia lepaskan pelukkan. aku dah tak bole kawal air mata, memek muka. sebelum jalan, aku pegang tangan dia. genggam erat, aku cakap "cikgu, saya mintak maaf atas semua kesalahan saya" dia jawab " saya dah maafkan" Ya Allah sebak, hati aku tenang . . .

Seusai Cikgu Fazidah, sampai dekat Cikgu Rokiah. aku tak salam terus dia tarik peluk. pelukkan yang sangat erat. sunggu erat. kalah kau peluk bearbear masa tido malam. cikgu cakap " dah alia. tak nak nangis. awak kuat. cikgu doakan awak berjaya. awak ada potensi, awak mampu' teruskan usaha" lama jugak dia peluk. mungkin cuba untuk mengawal emosi aku yang tak terkawal masa salam dengan cikgu fazidah tadi. cikgu berkati ilmu yang cikgu bagi. jumpa lagi nanti. Alhamdulillah aku lega . . .

walau apa pun yang jadi tadi,hari nie, aku puas dan lega sebab aku dah mintak maaf dengan cikgu-cikgu yang perlu aku minta maaf. salam berpelukkan aku rasa aliran dan panas darah mereka. aku bangga ada cikgu-cikgu yang sangat penyayang mengambil berat dan sporting. aku tahu mereka dah cuba banyak cara untuk mendidik kami. mereka dah lakukan yang terbaik. apa yang pasti, setiap kata yang aku ungkapkan tadi, aku jujur, ikhlas lahir dari hati. sungguh aku tak tipu. sekarang aku rasa tenang, lega dan syukur sebab semuanya dah selesai. Alhamdulillah, tak putus-putus aku ungkapkan. Alhamdulillah aku bersyukur kerana cikgu merestui perjuangan dan mendoakan kami semua. Inshallah kami cuba yang terbaik :)







No comments:

Post a Comment