Tuesday, 10 July 2012

Ramadhan :)

Bila Ramadhan nak datang lagi seminggu, hati gua rasa sangat teruja dan tak sabar. gua harap gua boleh puasa penuh tahun nie, Insyallah. bila gua pegi forum perdana minggu lepas, die cerita pasal Ramadhan :) gua teringat satu moment masa gua kat asrama. masa tu gua form 4, bulan puasa 2009. dah seminggu mcm tu kami puasa, ada satu hari kami nak bangun sahur. bak kata orang Penang, nak bangun soq. sbb ahli bilik gua memang terkenal dengan tak suka turun untuk bersahur, sbb kami dok tingkat tiga.

pagi tu, kalau tak salah gua pukul 4.30 pagi. gua baru nak balik bilik gua sebab gua tido bilik lain. okay diam. bila gua sampai bilik, gua nampak lampu toilet terbuka. gua dengar mcm bunyi tikus, eh ? gua pun pergi tgk pintu toilet yang dilindungi almari. waa, "hoi Alyn, hang buat apa tang nie?" gua menyapa junior gua, sambil gua tgk tangan dia ada sekotak susu dutch lady dan kurma dua bijik.

"kak alia, kak alia p mana semlm, tak tidoq dalam bilik?" dia tak menjawab soalan gua, isk. "kak alia tidoq dengan hanim, nie hang soq ka? sorang ja?" gua penat menunggu jawapan dari dia, lantas gua membuat tafsiran sendiri. " haaa la, kami soq, kami gerak kak farah,kak intan,nisa, sorang pun takmau bangun " Alyn buat muka kesian kat gua, mungkin dia mintak gua teman dia bersahur indirectly. haha. so, gua pun duduk kat pintu toilet tu, buka bekas kurma, amik kurma sebijik. kenapa depan toilet? sbb kat situ je ade lampu, takkan nak buka lampu bilik, nanti ganggu orang tidur. tak lama lepas tu, senior gua pun balik bilik, kak lyana nasir. dia study kat surau, rajin senior gua tu. dia pun tanya. "hoi,hampa dua buat apa nie?" dan kami membalas " dok tgh soq lah kak yana, mai join sekali " sebab kemalasan nak turun dewan makan, kami makan kurma depan toilet. "kak alia, kami amik susu kotak kak alia nie" alyn mintak izin selepas tiga suku susu kotak gua dia dah telan " amiklah alyn, tak kisah pun"

kenapa gua cerita pasal benda nie? sebab gua rindu Alyn. Fazleen Amirah bt Nordin. dia dah pergi meninggalkan dunia yang fana nie 31hb Januari 2012. kemalangan. gua tengok semua gambar kejadian yg di upload di internet, gua harap orang yang bertanggungjawab,padamlah gambar tu. mak ayah dia belum dan tak nak tgk gambar kejadian. gua tahu sbb gua baca komen kakak arwah dalam satu blog meminta gambar adik die kemalagan dipadam. dua hari gua tak boleh tido, sbb teringatkan die. untuk gua, bahagian gua, kalau dia ade buat salah or teramik apa-apa, semua gua dah maafkan dan halalkan. gua selalu berniat bila balik Penang, gua nak ziarah kubur dia. tapi masih belum berkesempatan. sebelum nie memang gua nak tulis something pasal die, tapi gua belum ade kekuatan. sekarang baru boleh, sebab kami satu bilik rapat sangat,sangat-sangat ;') bilik gua, Kaliber 3, 2009 :) the moment always there.

~Al-fatihah~
Fazleen Amirah bt Nordin

No comments:

Post a Comment