Kerangka
Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas. Penonton sama ada sedar atau tidak disihir dengan tragedi untuk berasa simpati kepada Ustazah Izzah. Walaupun ada babak Ustazah Izzah membaca al-Quran dalam bilik diintai oleh Hariz semasa Ustazah Izzah masih perempuan simpanan Hariz, namun itu bukanlah bukti kuat menunjukkan Hariz bertaubat. Hariz hanya simpati pada Ustazah Izzah atas tabiat kemanusiaan dan nafsu badaniah sahaja.
Tiada langsung babak memperlihatkan Hariz menunaikan ibadat hatta solat. Agama hanya tempelan sahaja. Kemuncak cerita ini ialah pendedahan tragedi Pak Dollah-Datuk Suffiah, tragedi penceraian Mila-Hariz. Walaupun Hariz dan Ustazah Izzah menaiki kapal layar namun tiada babak menunjukkan Hariz berubah menjadi baik kerana agama, melainkan perubahan kerana simpati dan nafsu badaniah sahaja terhadap Ustazah Izzah.
Hal ini berbeza dengan pengalaman Islam dimana Adam a.s yang sedar lalu memohon ampun dosanya biarpun terlontar ke dunia. Allah menjanjikan kepada Adam a.s dan zuriatnya hidayat dan keselamatan bagi mereka yang ikhlas melaksanakan agama Allah. Merajalelanya watak Datuk Suffiah, ingkar dan kerasnya Mila dan ketiadaan babak Hariz pulang kepada Allah membuktikan filem ini adalah filem tragedi murahan semata-mata.
Manakala citra agama menerusi Ustazah Izzah dalam keadaan terhina, ketidakupayaan dan pasrah dalam lembah kehinaan. Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan, mengajar dan membaca al-Quran. Agama pada Pak Dollah dan isterinya pada songkok dan pergi haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?
Usah tertipu aspek teknikal filem seperti sinematografi, pencahayaan, pengarahan dan lakonan sahaja, namun falsafahnya hancur mengaibkan orang Melayu dan Islam.
* * * *
sebelum dia tulis kerangka nie, adalah dia tulis pasal pandangan-sinopsis-kata2 Syed Naquib al-Attas. jadi, secara peribadi, aku setuju dgn apa yg penulis nie cuba utk sampaikan. pengarah filem/drama/sitkom di Malaysia nie, lebih mengutamakan keuntungan dr mesej yang ingin disampaikan. di akui, sapa yg tak nak untung bukan? tp, jangan terus melalaikan umat Islam terutamanya. anak2 muda semakin terpengaruh dgn aksi2 yg dipamerkan. lalu lantas, ahli parlimen bertanya, apa sudah jd dgn remaja kita? di sinilah puncanya. tak perlu cari jauh2.antara cerita yg mencari publisiti murahan, Klip3GP, Hantu Bonceng, KL Gengster. aksi ganas, ghairah, mempersendakan agama, semuanya dipamerkan dan tiada batasan umur untuk menonton. apakah ini, negara Islam contoh? ombak rindu, tak payah ckp, aku pun tersentap jiwa lara tgk. sampai 3 hari 3 mlm, asyik cerita pasal ombak rindu dkt Shayuti. tanpa sedar, mereka berjaya, membuat aku taksub dgn kesedihan,
p/s : harinie, 13/12/2011, Ombak Rindu dah kutip 8 juta okay. Aaron tweet aku td. HAHA :D
No comments:
Post a Comment