Tuesday, 25 October 2011

Camping :)

Mari nak cerita pasal kem Janda Baik. bak kata migha, ohhsem :) haha.

Hari pertama, 21 September 2011.
kami bertolak dari sekolah around 4 ptg, dan sebelum tu takda sape pun dtg kelas. kena marah dgn cikgu rokiah. haha. sampai Janda Baik dlm 5.30 mcm tu. pening lalat jugak sbb jln dia lg teruk dr balik pulau. sirius wa ckp sama lu. so, kitorang pun pasanglah khemah. mata asyik aim nak mandi sungai je. tak sabar nak terjun. aroun pukul 7.40 mcm tu. hujan lebat gila. khemah pie (tempat kitorang letak beg) dah jd pool. aku ngan shazz pegi selamatkan beg. mmg basah kuyup kitorang. mlm tu, kitorang ada sessi suai kenal. chamber call me akak permata? haha. huda dah start rasa nak demam. semua letih. tido dalam khemah, sejuk mengigil taw. baju, beg semua dah basah, aku pakai selimut pun no function je. haha. pukul 5 pg shazz and waida kejut nak pegi kencing =,='

Hari kedua 22 September 2011
lepas pegi kencing tu, kitorang dah tak boleh tido. so, kejutkan khemah sebelah. bila diorang dah bangun, kitorang pasang ampaian. nak sidai segala baju yang basah. ohh, adnin demam. sian adnin. lps breakfast around pukul 8.45 mcm tu, kitorang join jungle traking. mula2 tak nak join, tp dah semua pegi, ikotlah.  lagi sekali, ohhsem. terbaik lah jungle traking. naik 4 bukit kot. betul2 advanture. aku tak penah buat aktiviti mcm tu. semua bekerjasama la utk sama2 naik kat atas. badan luka2. sgt penat. sampai kem dlm pukul 2. jauh kami jalan. lps tu, rehat jap. pegi tolong cikgu potong ayam, untuk makan petang. mlmnya, ada mlm kebudayaan. okay, aku rasa group aku dah beri yang terbaik. tahniah cahmber :) habis mlm kebudayaan, kitorang fesilitator a.k.a form 6. buat unggun api. BBQ. makan jagung bakar,ayam bakar, kambing bakar and meggi. sweet moment lah korang. syg korang sgt. around 2.30 pagi kitorang masuk khemah masing2 dan tidur.


Hari ketiga, 23 September 2011
pagi nie, dah start rasa sakit gila badan. pagi2 tolong cikgu potong ayam, nak buat nc goreng. tolong sapu, and basuh pinggan apa yang patut. lps tu, kami ada team work. kena masak nasi dalam buluh, lauk sardin and masak roti. okay, chamber, penat aku nyalakan api. haha. overall, adik2 chamber dah buat yang terdaya. walaupun nasi kita keras, tp bole mkn. sedap pulak bila makan ramai2. lepas habis tu, kitorang budak perempuan form6 terjun sungai. gambar dlm sungai tak dptlah di update sebab terlalu seksi. lps tu kemas khemah dan pulang.

untuk kawan2 sekelas tingkatan 6 beta :)
1. aku rasa nie the best moment untuk kita, dan sebelum ira keluar :')
2. mandi ngan korang adalah terbaik
3. team work among kita aku hargai, sbb last bukit aku dah give up nak naik, then korang tolak punggung aku. thanks.
4. aku harap, kita masih ada peluang untuk aktiviti mcm nie, aku sedar, we become closer :)
5. tido, makan, sejuk, menari,menyanyi ngan korang, aku tak kan lupa. semangat !!!! uh yeahh!!!


















susah nak gambarkan keseronakkan and keakraban kita kat sana. thanks again korang. love ya :)

No comments:

Post a Comment