Sunday, 14 April 2013

Saat aku tertawa di atas semua 
Saat aku menangisi kesedihanku 
Aku ingin engkau selalu ada 
Aku ingin engkau aku kenang 
Selama aku masih bernafas 
Masih sanggup berjalan 
Ku kan slalu memujamu 
Meski ku tak tahu lagi 
Engkau ada di mana 
Dengarkan aku ku merindukanmu 
Saat aku mencoba merubah segalanya 
Saat aku meratapi kekalahanku 
Aku ingin engkau selalu ada 
Aku ingin engkau aku kenang

Sunday, 24 March 2013

Kita berlapan :')

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there’s a voice inside my head saying
“You’ll never reach it”
Every step I’m taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking
But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high
There’s always gonna be another mountain
I’m always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose
Ain’t about how fast I get there
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb
The struggles I’m facing
The chances I’m taking
Sometimes might knock me down
But no, I’m not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I’m gonna remember most, yeah
Just gotta keep going
And I, I got to be strong
Just keep pushing on
‘Cause there’s always gonna be another mountain
I’m always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose
Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It’s all about, it’s all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa
THE CLIMB- MILEY CYRUS

Lirik lagu nie yg sentiasa terpahat dalam kelas kita, menjadi pembakar semangat kita utk berjuang. Alhamdulillah, kita akhirnya sudah selesai. dan bersedia utk memulakan perjalanan, di trak yang baru. utk kawan-kawan seperjuangan, jutaan tahniah diucapkan. walaupun keputusan kita tidak sehebat pelajar cemerlang negara, tp setidak-tidaknya, kita mampu buat ibu bapa dan cikgu menangis tanda gembira. pelukkan dan bisikan terima kasih yang cikgu ucapkan sbg tanda cikgu begitu bangga dengan kita. Tahniah 6 Alfa, anda berjaya. simpan semua pahit manis, hitam putih jadikan kenangan dalam hidup, semoga kehidupan yang kedepan lebih baik dan bermakna. terima kasih atas kesudian untuk berkongsi susah dan senang bersama. kita tak pernah menyesal, bahkan bangga menjadi warga Tingkatan Enam, SMK Wangsa Melawati. semoga kita terus dan sentiasa akrab macam nie sampai bila-bila.

PAHIT DAN MANIS KITA . . .





























Jumpa 4 April nanti, GENTING HIGHLANDS :D
Sayang, rindu semua xoxo :)

p/s : baca nie lagi meleleh :)
http://sandiwaranostagiacurang.blogspot.com (AmirahHumaira)

Monday, 25 February 2013

Nabila Mazlan

Last Jumaat, I was celebrating my 20th birthday. ye, saya dah 20 tahun. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur. tapi kenapa rasa macam muda lagi? haha. and, terima kasih ibu papa, kerana melahirkan mengasuh menjaga dan mendidik anak yang maha nakal dan dan dan. haha. tak lupa judak siblings, uncles aunties cousins yang ucapkan selamat. terutamanya kawan-kawan,yang wish, a lot a lot a lot of thank you. dan entry nie adalah reply kepada short karangan yang NabilaMazlan had wrote to me kat fb. sedih sayang dan rindu sangat mereka semua :') this is what Nab had wrote to me.


"Sarikae is what we call ALia RUzaidy when she first came tu our school after transfer from sarikae to mengkuang.The first time we saw each other, who ever thought that we gonna be bestfriend?
me?? you?? nah!! no one right..
but yeah! now we already became bestfriend about 5 years already!!and we are still counting.. Subahanallah..time flies fast dude..
I believe that Allah has set for us to meet, protect, care and love each other..
every moment, every second i'm always thanks and Syukur that we were together..
Takdir Allah have meet us..Alhamdulillah..

Today is her belated 20th birtday..got to talk with her last night after like months..
at least i can release some of my missness towards her..haha..
She so adorable, kind and spacial to me and like blur sometimes..
but sometime you can see Kak long side in her self..thats why Dian,Najwa and Nani call her kak long..haha
konon nak main kakak2 time hostel dolu2..me?
Sorry i'm not included because i not interested playing kakak2,
i wanna be young forever..eeeyaks!!haha..
every moment with her is the sweetest moment..
feeling like goin back to our hostel life..:D

When we first meet each other
I never knew we would be friends.
Now our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.

Alia Ruzaidy, you are my soul, my heart and my breath..
without you i can never ever live..
your happiness is my happiness..
your sadness is my sadness..
no matter how hard your life is..
i'm here with you..
always stay in your heart..
by your side..

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 20!
I LOVE YOU!!!

Hope our friendship will last till Jannah..Amin

With Love,
Nabila Mazlan

haha. mula-mula tu macam, eh biar betul minah nie tulis macam nie. bergenang jugak lah ayaq mata baca. rindu sangat. siapa NabilaMazlan? dia kawan yang ada masa susah dan senang. dia selalu bagi nasihat masa kita susah, walaupun kadang-kadang nasihat dia tak masuk akai. dia yang pernah tengok aku tido berdengkur malam-malam. dia yang pernah tengok aku menangis putus cinta monyet, dia yang pernah tengok aku lompat terkinja-kinja dalam bilik mandi, dia yang pernah tengok aku bertinggung atas lantai pukul 2 pagi basuh baju, dia yang pernah tengok nasi tersembuq keluar dari mulut sbb aku excited nak bercerita, pernah tengok aku pakai bra saja, pernah tengok hingus meleleh masa aku makan. dia yang selalu marah bila aku buat salah. dia dia dia. semuanya dia. dia tak pernah lupa hari-hari istimewa aku, dia selalu jadi yang pertama, tak pernah lupa nak bertanya khabar, tak pernah lupa nak cakap dia rindu aku.

dear NabilaMazlan, 
terima kasih sbb masih ada dengan aku, setia dengan aku, walaupun kita jauh. walaupun kita dah lama tak jumpa. jangan risau, Inshallah, one day ada rezeki, kita jumpa. jaga diri dekat sana. jangan banyak tidoq sangat. practical elok2 kat tempat orang. jangan dok ralet baca novel ja. jaga kesihatan. jaga ibu dengan abah hang. thanks sbb call aku hari tu, dua jam awal. but its okay. you're still the first,babe. aku sayang hang, aku rindu hang macam dulu. take care, jumpa kat penang nnt. mmuuaahh <3





Tolong, gambaq lama masa form4, form5. abaikan semua muka aku yang nampak bingai lengai macam nak kena punggai tu. aku pun taktaw kenapa aku suka angkat jari lipat dua macam peace bentuk terbalik tu. haih, malu. gambaq lama. harap hang terhibur baca :')

withlovebanyakbanyak,
AliaRuzaidy :)

Monday, 18 February 2013

FRIENDS

Dear best friendssssssss,

You're stupid. You fail. You're weird. You're not perfect. But, That's okay. I'm like that, too. We laugh at the randomest things. You know my ugliest side. Even though we disagree sometimes, we never fight. When I'm sad, you were always there to make sure I'm okay. Thanks for being there for me. I LOVE YOU :)


Sincerely,
AliaRuzaidy

Sunday, 13 January 2013

HKR #112

mata tak boleh pejam. macam nie lah kehidupan seorang pengangggur. haha. meh sinie nak cerita, nak layan mata yang terkelip-kelip lagi nie. sementara idea masih ada, bunyi trompet masih terngiang-ngiang, biar aku cerita semua di sini, supaya rasa ke-excited-kan aku boleh dirasai semua. wouh? hahaha. malu pulak. seperti yang dijagkan, dengan izin Allah, Alhamdulillah, aku selamat pergi dan balik dar Himpunan Kebangkitan Rakyat #112. aku pun mula-mula tak faham apa maksud 112. rupanya, January 12. kenapa tak buat 12 January? 121? haha. mungkin 112 nampak lebih cantik. 

aku gerak sana dalam pukul 10 pagi. even perhimpunan start pukul 2 petang, tapi dengan mengambil kira pengalaman pergi Bersih 3.0 dulu, kita kena gerak awal. kali nie, aku pergi dengan family. sebelum pergi tu, macam-macam dah prepare, air mineral, snack dengan garam. kenapa garam? sebab kalau kena sembur dgn gas pemedih mata, makan garam, Inshallah boleh lega. woi, aku pernah kena water canon (gas pemedih mata) masa Bersih 3.0 taw. pedih yang amat, macam sapu cili api kat muka hmmmm.

naik LRT Masjid Jamek, jalan ke Pasar Seni, hmm tak tawulah kenapa tak turun Pasar Seni terus. haha. sampai Pasar Seni, lepak kedai dulu, tepat pukul 12.50 semua berarak nak berkumpul kat Stadium Merdeka. bila dah jalan ramai-ramai macam tu rasa sekejap je. sampai Stadium Merdeka, kami masuk. seriously panas gilaaa. muka terbakar jgk lah. tak boleh pakai cream kt muka takut kalau kena gas pemedih mata nnt, particle-particle gas tu terperangkap and susah nak lega.

tepat 1.50, perihimpunan mula. sebelum tu, azan pukul 1.20 ppetang, yang boleh solat semua solat. tengah-tengah padang. papa dengan Alif pun sama solat atas padang, sedih je tengok tak taw kenapa. hik3. then 1.50 start dengan lagu negara ku. then ada ucapan NGO, persembahan Ito, gua pun baru kenal Ito tu sapa. alaaa, di yang nyanyi lagu.. "pogi poka, naik basikal.... bla3, apo nak dikato" haaa, dialah. haha :D habis tu, ada ucapan pemimpin2 tertinggi Pakatan Rakyat, baca ikrar, dan doa diketuai oleh Tuan Guru Nik Aziz :') then balik.. 

orang mesti fikir, kenapa susah-susah nak pergi, berpeluh2 duduk tengah2 panas, apa pun tak dapat? haha. ini caranya kita berjuang, kita ingin menyampaikan suara rakyat kepada pemimpin negara, jangan mentadbir membabi buta, dengar apa rakyat mahu. tak ada masalah, kalau mereka keraaan sekarang, tunduk, mengaku bersalah, memohon maaf, kita boleh hormat mereka, tapi kalau mereka terus angkuh, hidup mewah sedangkan rakyat terseksa, itu tidak adil. peluang dah diberi . . . ouh okay. dah semangat nak cakap politik pulak. oka stop-stop. haha.

wah, macam dah banyak je cakap, meh layan gambar pulak. 
OKAY, GAMBAR-GAMBAR SEMUA NIE AKU TANGKAP SENDIRI TAW, BUKAN GOOGLE. CAPS LOCK TANDANYA TOLONG AMBIL PERHATIAN. HAHA 


Sarawak pun dah berubah, aku tengok dia terus bangun nak ambil gambar, rasa terharu excited gila jumpa member lama
# dulu kan aku dok Sarikei 


nie yang aku cakap diorg solat, serious terharu ouh, muslimat pun ade ramai lg kat belakang :')


antara gambar orng kenamaan yang sempat amik gambar
Lajim Ukin dengan Kadir Sheikh Fadzir


Dr. Lee Boon Chai
#Ipoh mali maaa


nie takyah cakap lah sape, semua kenal kan. heh


Mat Sabu and Tean Chua


manusia macam mata semut, hmm


abang brader nie handsome tapi keapa tutu muka, terang-terang gua amik gambar dia, bukan nak ambik gambar banner sgt pun haha




I want to be like her :)


Khalid Samad

sangat terharu sebab tengok macam-macam orang datang. semua sangat menghormati antara satu sama lain. ouh rasa sayang gila kat Malaysia, hhmmpphh :') ouh, masa tu Ito ada nyanyi lagu best taw, aku pun baru dengar lagu tu, dah jatuh hati. ibu kata tu lagu lama. tajuk dia Khatulistiwa. best, nak post kat sini rasa mcm takda video yang menarik pulak, heh. korang seacrh lah sendiri. hmm, penat memang penat, tapi, berbaloi. semoga Malaysia akan ditadbir, oleh seorang pemimpin yang beragama, adil dan tidak menindas rakyat, tak kiralah walau siapa pun orang tu, one day Inshallah :)


lastly, tadaaaaa. haha, k malu pulak. hmm

#ouh last but not least, terima kasih kepada abang-abang dan kakak-kakak polis yang sangat baik, dan mesra pada hari itu, semoga Polis Malaysia dapat terus berkhidmat kepada masyarakat dan dihormati dunia dan korang boleh search HKR #112 yang turut diadakan dekat Melbourne, London, Maghribi, Dubai, Abbu Dhabi, Mesir, Jordan dan baaaaaaaaaaanyak lagi negara luar :)

Monday, 17 December 2012

. . . . .

Aku cuba nak susun satu persatu gambar yang baaaaaaaaaaaaanyak sangat-sangat kita tangkap dari awal kita masuk form six, sampai lah gambar last dekat Tasik Titiwangsa. lagi aku susun, lagi aku serabut. so aku biar je gambar dalam folder, tak teratur. hmm :) kita dah habis STPM, kita semua dah habis exam yang aku rasa paling besar dalam hidup kita. exam number dua yang paling susah dekat dunia nie, Alhamdulillah kita dah tempuh sama-sama. mcm lirik lagu Ella pulak.. haha. *bersama-sama... tempuhi segala... -,-'

kita jatuh, kita bangun. kita kuat sebab kita bersama. kita rasa macam mana dihina, kita rasa macam mana dicemuh, diperlekehkan. kita jatuh, kita bangun lagi. pernah kita melatah. selalu, kita menyesal, kita salahkan takdir atas apa yang jadi. kita mengalah dengan situasi, kita mengeluh. tapi kalau kita fikirkan balik, jalan yang dah diatur nie lah yang dah menemukan kita, kita, kita. ya, kita berlapan :) 

kita buat macam-macam. kita rasa pahit dan manis yang setiap sorang daripada kita rasa. sorang sakit, semua sakit. sorang gila, semua gila. how I wish, we can turn back to the past :') kita kongsi semua rasa. manis, masam, pahit, tawar, kita rasa semua sama-sama. kita ada bila yang lain jatuh, kita sedia menampung di bawah bila ada yang cuba untuk bangun. aah. rindu.

tipulah kalau takda antara kita yang tak pernah terasa hati. tipu! kita manusia biasa, yang penuh dengan sifat yang tak sempurna. lawak kita kadang-kadang melampaui batas, marah kita sampai ada yang kecil hati, merajuk kita sampai ada yang susah hati. tapi kita matang. kita matang, kita menerima semua kelemahan yang ada. kita tutup lompong dan lubang, agar dunia lihat kita kuat. kita hebat. dan ya, kita berjaya, kita pamerkan yang terbaik di mata mereka mereka, MEREKA ! :)


 selepas majlis hari guru...


preparation utk video hari guru...


nak raya...


seminar pengajian am


raya 2011...


kita graduasi :)


McD gombakk


kenapa takde sapa-sapa yang upload gambar nie kat fb? :p


121212, hari last pakai baju sekolah :') taman dato keramat


rumah uztazah 2012


kem janda baik, pahang. 2011




majlis perpisahan cikgu mala.. 2012


open house form six, 2011


majlis solat hajat, 2012


open day, smkwm. 2011



Alpha, always in memories :)

aku bangga bila kita bersama. 
aku bangga bila mereka melihat kita kuat bersama. 
aku bangga ceritakan kepada mereka tentang keakraban kita, 
aku bangga kita digelar sekepala,
aku bangga bila kita mampu harungi semuanya bersama. 
aku bangga, 
aku bangga. 

aku cuma doakan, kita akan terus kekal macam nie, sampai bila-bila. Inshallah :)

*entry nie rasa mcm ditulis dengan penuh emosi yang tak mampu dikawal pulak. haaiisshhh -,-'